19 November 2008

Kontrak NC - Bukan diskriminasi gender

AGAK gamat seketika apabila bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa wujudnya diskriminasi gender oleh kerajaan terhadap ahli akademik tempatan yang kononnya menjadi penyebab perkhidmatan beliau tidak disambung lagi.

Dalam satu temu bual dengan satu laman portal, Rafiah benar-benar menyuarakan kemarahannya dengan ungkapan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang dihormati sepertinya: ''Hanya kerana kami wanita dan tidak ada 'benda' itu, maka kita tidak bagus."

Varimax:
naib canselor, jawatan tertinggi dalam pentadbiran akademik universiti

haruslah menjadi cermin kepada kesarjanaan dan ilmu
kerana itulah paksi universiti
bukan kerana ia lelaki
ataupun kerana ia disukai menteri
atau kerana ia pandai berperi-peri
atau berupaya merombak pusat pengajian menjadi fakulti
kerana apa yang dinilai ialah isi sesebuah universiti
bukannya kulit, walaupun kelihatan indah berseri

Untuk renungan bersama, di sini diberikan pengertian profesor:
"Professors are qualified experts, who conduct lectures and seminars in their fields of study, such as the basic fields of science, education, literature or the applied fields of engineering, music, medicine, law, or business and perform advanced research in their fields. In fact, in any university, only full professors are entitled to supervise Ph.D students"







No comments:

Post a Comment